Thursday, May 14, 2009

Talent Waterfall Camp

Pendaftaran adalah dibuka kepada anak-anak yang berumur 9 - 17 tahun (lelaki/perempuan) untuk mengikuti perkhemahan TALENT WATERFALL CAMP sempena cuti sekolah pertengahan tahun 2009. Program 3 hari 2 malam ini akan diadakan pada 2 - 4 Jun 2009 bertempat di Kem D'Perkasa, Alang Sedayu, Gombak. Tema utama perkhemahan kali ini ialah "Membina Ketahanan dan Keyakinan Diri". Antara aktiviti menarik yang akan dijalankan ialah Kembara Malam: La Ilahaillallah, Kembara Air Terjun, Halangan Bertali (flying fox & high rope), explorace & treasure hunt, pertandingan pidato dan azan. Moto perkhemahan ialah " I CAN DO IT ". Yuran penyertaan ialah sebanyak RM150 sahaja dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada 25hb Mei 2009. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Us Shahrin di talian 017-646 1750.

No comments:

Post a Comment