Wednesday, April 15, 2009

KEMBARA 3i

Alhamdulillah E-REHAL telah berjaya menganjurkan Kembara 3i pada 28-29 March 2009 yang lalu bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka. Program ini dihadiri oleh hampir 60 orang peserta yang terdiri daripada pengarah dan kakitangan Kumpulan Talent Holding yang beribupejabat di Bandar Baru Bangi. Program ini berkonsepkan pengembaraan atau perjalanan hidup seorang insan muslim dari segi fizikal, intelektual dan spritual dalam mencari erti kehidupan dan kematian sebelum bertemu dengan Allah swt.

Kembara Iman : Meneroka kebesaran Ilahi ... Alangkah kerdilnya diri kita
Kembara Ibadah: Memperkukuh ilmu … Ya Allah ampunilah kami
Kembara Identiti : Mencari Identiti Diri ... Siapa Kita, Ke Mana Kita?
Mencari kekuatan ... memperbaiki kelemahan diri
Membina kekuatan diri ... menyumbang kepada syarikat dan masyarakat
Merangka Pelan Tindakan

OBJEKTIF PROGRAM
Objektif utama ialah seperti berikut;

1. Meneroka dan merenungi keagungan Ilahi melalui penciptaan langit dan bumi.
2. Mengakui kelemahan dan membina kekuatan diri
3. Menyumbang potensi peribadi untuk membina syarikat dan masyarakat

Di antara aktiviti yang telah dijalankan ialah tazkirah dhuha, permainan motivasi, tayangan planetarium dan 3D, qiyamulail, riadah dan latihan dalam kumpulan (LDK). Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kembara 3i, sila hubungi saya (017-646 1750) untuk temujanji dan perbincangan.

Matlamat, Visi dan Misi E-REHAL

Penubuhan E-REHAL TRAINING AND SERVICES SDN BHD mempunyai tiga matlamat utama iaitu:

• Untuk meningkatkan keberkesanan program latihan pembangunan modal insan khususnya di kalangan masyarakat Islam.

• Untuk meningkatkan tahap kemahiran dan profesionalisma pengurus dan pendidik program-program pendidikan dan latihan pembangunan modal insan

• Untuk menghasilkan produk-produk pendidikan dan latihan yang menarik dan terkini bersesuaian dengan kehendak pasaran.

• Menjadikan E-REHAL TRAINING AND SERVICES SDN BHD sebagai peneraju utama dalam kelasnya yang tersendiri.


VISI
Peneraju Latihan dan Perkhidmatan Pendidikan Islam Bertaraf Dunia


MISI
• Menyediakan produk-produk latihan dan pendidikan berasaskan Islam bersesuaian dengan keperluan masa kini.
• Melahirkan lebih ramai pendidikan dan usahawan Islam yang pro aktif, profesional dan berdaya saing.

Summary of My Professional Experience

· 17 years working experience in Teaching, Training and Consultant for Islamic Education in Malaysia, Singapore, Brunei and Indonesia.

· Lecturer and Researcher at University level for 12 years and 3 years as an Islamic Studies Teacher at Malaysia Ministry of Education (MOE) School.

· Consultant to several organizations including MOE and Islamic Private School training on human resource development and students program.

· Organised and run successfully more than 100 seminars in the area of Islamic Education and Teaching & Learning.

· Main Participant in curriculum development and production of teacher training modules and textbook quality control for Malaysia Ministry of Education.

· Participated on numerous Expert Panels for government advisory bodies on Islamic Education

· Director of Teacher Training Centre in Malaysia Islamic Private School organization

· Managing Director of E-REHAL TRAINING AND SERVICES a private company pioneering development of Edu-tourism and Islamic Education.