Wednesday, April 15, 2009

KEMBARA 3i

Alhamdulillah E-REHAL telah berjaya menganjurkan Kembara 3i pada 28-29 March 2009 yang lalu bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka. Program ini dihadiri oleh hampir 60 orang peserta yang terdiri daripada pengarah dan kakitangan Kumpulan Talent Holding yang beribupejabat di Bandar Baru Bangi. Program ini berkonsepkan pengembaraan atau perjalanan hidup seorang insan muslim dari segi fizikal, intelektual dan spritual dalam mencari erti kehidupan dan kematian sebelum bertemu dengan Allah swt.

Kembara Iman : Meneroka kebesaran Ilahi ... Alangkah kerdilnya diri kita
Kembara Ibadah: Memperkukuh ilmu … Ya Allah ampunilah kami
Kembara Identiti : Mencari Identiti Diri ... Siapa Kita, Ke Mana Kita?
Mencari kekuatan ... memperbaiki kelemahan diri
Membina kekuatan diri ... menyumbang kepada syarikat dan masyarakat
Merangka Pelan Tindakan

OBJEKTIF PROGRAM
Objektif utama ialah seperti berikut;

1. Meneroka dan merenungi keagungan Ilahi melalui penciptaan langit dan bumi.
2. Mengakui kelemahan dan membina kekuatan diri
3. Menyumbang potensi peribadi untuk membina syarikat dan masyarakat

Di antara aktiviti yang telah dijalankan ialah tazkirah dhuha, permainan motivasi, tayangan planetarium dan 3D, qiyamulail, riadah dan latihan dalam kumpulan (LDK). Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kembara 3i, sila hubungi saya (017-646 1750) untuk temujanji dan perbincangan.

No comments:

Post a Comment